Soalan Lazim


Lyndung adalah sebuah program perkongsian dimana ahli komuniti Lyndung akan membantu satu sama lain dengan berkongsi bil perubatan mereka secara sama rata. Program Perkongsian Perubatan ini ditadbir oleh Lyndung Sdn. Bhd.

Tidak. Lyndung Sdn. Bhd. bukan sebuah syarikat insurans/takaful dan tidak menawarkan sebarang produk insurans/takaful. Lyndung Sdn. Bhd. menyediakan sebuah platform perkongsian dimana ahli komuniti Lyndung akan membantu satu sama lain dengan berkongsi bil perubatan mereka secara sama rata.

Semasa pendaftaran, ahli diminta untuk membuat pembayaran Sumbangan Perkongsian Awal sebanyak RM100 bersama dengan fi keahlian. Sekiranya ahli Lyndung memerlukan rawatan perubatan, bil akan dikongsi sama rata antara semua ahli.

Sebagai contoh, jika terdapat 2,000 ahli aktif dan bil perubatan yang layak dikongsi adalah sebanyak RM10,000, setiap ahli perlu menyumbang RM5 untuk membiayai bil perubatan tersebut. Sumbangan RM5 akan ditolak dari Sumbangan Perkongsian Awal yang dibayar semasa pendaftaran.

Sumbangan yang dibuat oleh ahli aktif untuk menampung bil perubatan yang ditanggung oleh ahli dalam komuniti adalah berdasarkan prinsip Tabarru’.

Jika anda layak untuk menyertai Program ini, anda boleh mendaftar untuk menjadi sebahagian daripada ahli komuniti Lyndung. Anda digalakkan untuk memastikan Sumbangan Perkongsian anda sentiasa mencukupi dan untuk terus menjadi Ahli Aktif dengan membayar fi keahlian Bulanan/Tahunan.

Dengan menyertai Program ini, ahli telah bersetuju untuk melantik Lyndung Sdn. Bhd. sebagai Pentadbir untuk menguruskan Kumpulan Sumbangan Perkongsian bagi pihak ahli.

Untuk menyertai program ini, anda perlu membayar RM10 sebulan atau RM120 setahun sebagai fi keahlian. Fi keahlian ini merupakan bayaran untuk perkhidmatan yang disediakan oleh Lyndung Sdn. Bhd. sebagai Pentadbir program. Selain itu, anda juga perlu membayar RM100 untuk Sumbangan Perkongsian Awal semasa pendaftaran. Bayaran untuk caj payment gateway juga mungkin diperlukan.

Selain daripada yuran keahlian dan Sumbangan Perkongsian Awal, anda juga akan dikenakan caj payment gateway semasa pendaftaran. Walau bagaimanapun, caj payment gateway mungkin berbeza-beza bergantung kepada mod keahlian dan kaedah pembayaran yang dipilih. Dengan memilih mod tahunan, anda dapat berjimat lebih daripada RM25.

Jumlah maksimum sumbangan perkongsian bulanan adalah sebanyak RM50. Sekiranya perkongsian bulanan melebihi RM50, baki sumbangan perkongsian akan dibawa ke bulan seterusnya.

Pada masa ini, Program ini hanya terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 ke 40 tahun mengikut usia hari lahir terakhir tanpa sebarang penyakit sedia ada.

Faedah menyertai Program Perkongsian Komuniti Lyndung:-

  1. Fi Keahlian yang rendah iaitu RM10 sebulan atau RM120 setahun.
  2. Ahli komuniti akan berkongsi bil perubatan untuk membantu ahli komuniti yang kurang bernasib baik.
  3. Kemasukan ke hospital, termasuk penilaian perubatan dan audit tuntutan diuruskan oleh syarikat Juruaudit Perubatan Profesional Pihak Ketiga (TPA) yang bereputasi tinggi, Eximius Medical Administration Sdn. Bhd. dengan talian sokongan 24 jam.
  4. Lebih dari 200 panel hospital termasuk Sabah dan Sarawak.
  5. Amanah Warisan Berhad sebagai syarikat pemegang amanah untuk menguruskan Sumbangan Perkongsian.
  6. Ahli komuniti berpeluang untuk terus beramal dengan cara membantu ahli lain yang memerlukan rawatan perubatan.
  7. Lyndung adalah platform perkongsian komuniti digital sepenuhnya.

Pada masa ini anda tidak dapat mendaftar tanggungan anda sebagai ahli komuniti Lyndung. Walaubagaimanapun, anda sentiasa boleh memperkenalkan Lyndung kepada ahli keluarga dan juga rakan anda. Bagi setiap rujukan yang berjaya, anda akan menerima RM10 sebagai ganjaran.

Tidak. Anda akan kekal sebagai ahli komuniti selagi keahlian anda aktif, anda akan terus layak untuk berkongsi dengan komuniti seperti yang dinyatakan dalam Garis Panduan Program dan juga Manual Ahli serta tidak menarik diri daripada Program.

Fi keahlian akan menjadi hasil kepada Lyndung Sdn. Bhd. sebagai Pentadbir Program. Manakala Sumbangan Perkongsian milik ahli komuniti akan didepositkan ke akaun amanah yang diuruskan oleh pemegang amanah yang telah dilantik. Sumbangan daripada akaun amanah akan digunakan untuk membayar bil perubatan sebenar. Butiran bil perubatan dipaparkan pada Dashboard Lyndung, tidak termasuk maklumat sensitif ahli.

Sejarah Bil Perubatan boleh dilihat pada profil ahli dengan mengklik butang Profil pada bar navigasi.

Hanya Perbelanjaan Perubatan yang Layak untuk Dikongsi akan dikongsi bersama ahli komuniti. Anda boleh merujuk kepada Garis Panduan Program dan Manual Ahli kami untuk maklumat lanjut.

Anda boleh menarik diri daripada Program pada bila-bila masa tanpa sebarang paksaan. Untuk menarik diri daripada Program, anda perlu mengklik butang ‘Retreat’ di aplikasi Lyndung. Proses pengeluaran akan mengambil masa 26 hari, dan status ahli akan kekal aktif sehingga hari ke-26.

Anda boleh memohon untuk menyertai semula Program Lyndung setelah menarik diri/digantung/disenarai hitam dari Program. Walaubagaimanapun, penyertaan semula ke Program ini tertakluk kepada budibicara Pentadbir Program.

Bayaran balik akan diberikan sekiranya anda menarik diri/digantung/disenarai daripada Program. Walaubagaimanapun, hanya baki Sumbangan Perkongsian sahaja akan dipulangkan.

Ya. Memuat naik MyKad adalah sebahagian daripada proses eKYC, dan anda perlu melengkapkan semua proses eKYC yang dikendalikan oleh CTOS Data Systems Sdn. Bhd. untuk menyertai Program Perkongsian Komuniti Lyndung. Proses ini selamat untuk dilakukan kerana kami telah memlilih penyedia perkhidmatan yang telah melalui proses pengesahan teknologi serta mendapat lesen daripada Bank Negara Malaysia (BNM).

Ya. Jika anda sudah mempunyai insurans/takaful kesihatan peribadi, anda masih boleh menyertai Program ini. Dengan menyertai Program Perkongsian Komuniti Lyndung, anda dapat membantu ahli komuniti yang memerlukan.

Ya. Lyndung telah menerima sijil patuh Syariah pada 1 Disember 2022 daripada Tawafuq Consultancy Sdn. Bhd. menjadikan ia sebuah program perkongsian komuniti untuk bil perubatan yang patuh Syariah.

Tidak. Lyndung dan i-Lindung adalah dua entiti berbeza yang menyediakan dua produk dan perkhidmatan berbeza. i-Lindung ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Manakala, Lyndung adalah platform perkongsian komuniti untuk bil perubatan yang ditadbir oleh Lyndung Sdn. Bhd.

Sila ambil maklum bahawa Lyndung dan i-Lindung tidak berkait antara satu sama lain, dan kami juga tidak menawarkan produk dan perkhidmatan yang sama.

Pada masa ini Lyndung tidak dikawal selia oleh BNM atau terikat kepada mana-mana undang-undang di Malaysia. Ini kerana, solusi perkongsian komuniti yang disediakan oleh Lyndung tidak tertakluk kepada insurans atau takaful seperti yang ditakrifkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Tiada kewajiban kontrak kepada Lyndung untuk memenuhi tuntutan atau menjamin sumbangan ahli kerana Program ini menggunakan konsep perkongsian komuniti, tidak seperti mana-mana produk yang disediakan oleh penyedia insurans atau takaful lain. Berbeza dengan syarikat insurans yang membayar tuntutan bil perubatan, Pentadbir program tidak menanggung tuntutan tetapi dikongsi secara sama rata di kalangan ahli komuniti.

Untuk memastikan kelancaran Program, Lyndung akan mengutip RM100 sebagai Sumbangan Perkongsian Permulaan daripada pelanggan semasa proses pendaftaran. Sekiranya mana-mana ahli Lyndung dimasukkan ke hospital, jumlah perkongsian bulanan mereka akan ditolak daripada Sumbangan Perkongsian Permulaan mereka.

Ahli akan menerima pengalaman yang serupa dengan mereka yang mempunyai medical card. Sebagai contoh, ahli yang memerlukan rawatan boleh ke hospital dan menunjukkan MyKad dan e-kad Lyndung. Pihak hospital kemudiannya akan menghubungi TPA kami untuk membuat pengesahan. Setelah pengesahan dibuat, pihak TPA akan mengeluarkan Guarantee Letter (GL) dan ahli tersebut boleh meneruskan untuk mendapat rawatan.