Tentang Syarikat

Pada tahun 2020, Institut Kesihatan Umum telah melaporkan bahawa sebanyak 43% daripada responden menjawab “tidak mampu” kepada soalan “Sebab-sebab tidak memiliki insurans/takaful kesihatan peribadi”. Melihat kepada statistik ini, idea untuk menubuhkan sebuah Program Perkongsian Komuniti untuk Bil Perubatan telah terlahir dengan harapan untuk membantu warga Malaysia terutamanya yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan akses kepada fasiliti perubatan melalui kaedah perkongsian komuniti.

Program Perkongsian Komuniti untuk Bil Perubatan merupakan sebuah perkhidmatan yang ditadbir oleh Lyndung Sdn. Bhd. (1454883-V) yang ditubuhkan pada 14 Mac 2022. Lyndung Sdn. Bhd. (Lyndung) adalah sebuah anak syarikat kepada iSaham Sdn. Bhd. (1257515-W), penaraju kepada portal analisis pelaburan berasaskan data di Malaysia.

Sebagai sebuah platform perkongsian komuniti yang menerapkan nilai kebaikan dan integriti sebagai salah satu nilai teras, kesemua ahli akan berganding bahu untuk membantu antara satu sama lain dengan berkongsi perbelanjaan perubatan yang ditimpa musibah kesihatan. Lyndung juga menggalakkan semua ahli untuk bertanggungjawab dan tidak menggunakan kelebihan program untuk menindas ahli komuniti lain.

about-us-image

Lyndung Sdn. Bhd. (Lyndung) ialah sebuah syarikat berasaskan teknologi yang menyediakan solusi digital sepenuhnya. Dilengkapi dengan eKYC, semakan perkongsian dan pemantauan dashboard yang boleh dilakukan secara atas talian dan aplikasi berasaskan web menjadikan Lyndung mudah dicapai oleh semua tanpa mengira lokasi.

Sertai keluarga besar Lyndung untuk sama-sama kita mendemokrasikan industri kesihatan di Malaysia!

mission and vision image

Visi

arrow right

Komuniti perkongsian bil perubatan pilihan utama rakyat Malaysia

Misi

arrow right

Menyediakan program perkongsian bil perubatan yang mampu milik dan boleh diakses oleh golongan yang kurang berkemampuan

arrow right

Menyediakan platform digital sepenuhnya

arrow right

Membina komuniti yang sihat dan memiliki tanggungjawab sosial yang tinggi

Nilai Teras

kindness image

Kebaikan

Kebaikan adalah sifat baik dan kasih antara satu sama lain. Lyndung sebagai sebuah program perkongsian komuniti menggalakkan amalan sifat-sifat yang baik melalui kaedah perkongsian komuniti dengan membantu ahli yang memerlukan rawatan perubatan.

K

intergrity image

Integriti

Integriti adalah sangat dititikberatkan oleh Lyndung kerana kejujuran dan ketulusan merupakan kunci kepada kelestarian program perkongsian komuniti.

I

technology image

Teknologi

Teknologi telah diintegrasikan di dalam program ini untuk memastikan inovasi dan kreativiti yang berterusan bagi menyediakan solusi terbaik kepada ahli komuniti.

T

accountability image

Akauntabiliti

Akauntabiliti merupakan nilai penting bagi menentukan kejayaan program. Pentadbir, ahli komuniti dan pemegang taruh perlu menjalankan peranan masing-masing demi menjaga kemaslahatan komuniti.

A

Penyedia Perkhidmatan

Kenali Penyedia Perkhidmatan Kami!

Dipercayai Oleh

ifn fintech
bni
skm
sidec
teraju