2023-04-13

Waiting Period


image content

Sebelum menyertai Lyndung, acap kali kami mendapat soalan seperti,  

“Adakah saya boleh terus berkongsi bil perubatan apabila menyertai Lyndung? ”

Walau bagaimanapun, jawapan yang bakal kami berikan adalah ya dan tidak. Kenapa jawapan yang diberikan adalah sebegitu? Ini kerana, perkongsian bil perubatan adalah tertakluk kepada Waiting Period (Tempoh Menunggu) Lyndung.

Untuk mengelakkan terjadinya salah faham yang tidak diingini, mari kami terangkan kepada anda mengenai Waiting Period yang ada di Program Perkongsian Komuniti Lyndung.

Apa itu Waiting Period (Tempoh Menunggu)?

Bagi mereka yang pernah melanggan insurans atau takaful, terma Tempoh Menunggu sebenarnya bukanlah sesuatu yang asing lagi. Tempoh Menunggu adalah suatu tempoh masa di mana ahli Lyndung perlu menunggu sebelum kesemua manfaat program boleh dikongsikan.

Tujuan tempoh menunggu ini diterapkan ke dalam program adalah untuk memastikan anda berada dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang penyakit kritikal ketika menyertai program, demi menjaga integriti program ini.

Tempoh Menunggu Lyndung

Terdapat tiga jenis tempoh menunggu yang ahli perlu lalui.

Tempoh Menunggu 60 Hari

image content

Tempoh menunggu yang pertama adalah selama 60 hari. Tempoh ini akan bermula sebaik sahaja pendaftaran anda sebagai ahli Lyndung berjaya. Semasa di tempoh menunggu ini, anda layak untuk berkongsi bil perubatan akibat kemalangan sehingga RM20,000.

Selain itu, jika ahli Lyndung meninggal dunia, waris ahli akan menerima khairat kematian berjumlah RM5,000. Bantuan khairat kematian ini akan diterima sebaik sahaja waris telah mengesahkan identitinya sebagai waris dan kematian ahli Lyndung tersebut kepada Pentadbir Program.

Tempoh Menunggu 180 Hari (hari ke-61 sehingga 180)

image content

Tempoh menunggu kedua bermula pada hari ke 61 sehingga hari ke 180. Semasa tempoh menunggu ini, kesemua jenis bil perubatan berkaitan penyakit am dan kemalangan adalah layak untuk dikongsikan. Perkongsian bil perubatan berkaitan penyakit am dan kemalangan adalah sehingga RM1 juta setahun. Bil perubatan untuk penyakit khusus tidak termasuk di dalam tempoh menunggu ini.

Tempoh Menunggu Selesai

image content

Setelah Tempoh Menunggu 180 Hari tamat, anda akan layak untuk berkongsi bil perubatan untuk penyakit am dan penyakit khusus termasuk kemalangan. Perkongsian bil perubatan ini adalah sehingga RM1 juta setahun.

Setelah tempoh menunggu selesai, jika anda memerlukan rawatan kanser dan dialisis buah pinggang sebagai pesakit luar, anda juga boleh berkongsi bil perubatan anda sehingga RM100,000. Selain itu, anda (Penerima) juga boleh berkongsi bil untuk permindahan organ bersama ahli komuniti sehingga RM20,000. Had bagi kedua-dua manfaat ini adalah sekali seumur hidup.

Manfaat Program

image content

Selain daripada perkara yang dinyatakan di atas, ahli Lyndung juga layak untuk mendapat manfaat seperti berikut:

  1. 200 hospital panel di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak
  2. Perkhidmatan servis ambulans untuk kecemasan sehingga RM250
  3. Bilik & penginapan hospital sehingga RM150 sehari
  4. Pendapat kedua untuk pembedahan 60 hari sebelum dimasukkan ke hospital

Senarai keseluruhan manfaat yang boleh dikongsi, senarai perkara-perkara yang tidak layak untuk dikongsi dan senarai penyakit khusus boleh didapati di perkara 7, 8 dan 10 di dalam Manual Ahli.

Dengan memahami konsep Tempoh Menunggu ini, adalah lebih baik untuk kita menyertai program Perkongsian Komuniti Lyndung dengan lebih awal, supaya tempoh menunggu juga dapat kita selesaikan dengan kadar yang segera.

Lengkapkan pendaftaran Lyndung anda di sini sekarang.

Back to dashboard