2023-07-04
Takaful Keluarga Bertempoh atau Term Takaful merupakan salah satu daripada perlindungan Takaful yang memberikan pembayaran pampasan secara sekaligus kepada penerima manfaat sekiranya berlaku kematian dalam tempoh perlindungan.
Apabila melibatkan pembayaran pampasan secara sekaligus yang disebabkan oleh kematian, ia juga lebih dikenali sebagai Hibah Takaful di Malaysia. Walaupun penggunaan terma ini adalah kurang tepat, Hibah Takaful lebih popular di kalangan rakyat Malaysia.
Produk Mampu Milik Terus Kepada Pelanggan
Tahukah anda ada beberapa penyedia Takaful di Malaysia yang menawarkan produk Term Takaful (Hibah Takaful) secara online? Harganya juga adalah mampu milik kerana ditawarkan secara terus oleh penyedia Takaful tanpa melalui ejen.
Produk Term Takaful ini juga khusus untuk mereka yang ingin menyediakan pampasan tunai kepada waris seandainya berlaku kematian. Ia juga lebih mampu milik kerana tidak melibatkan elemen simpanan, pelaburan atau tambahan rider yang lain. Maksudnya, sekiranya umur kita panjang melepasi tempoh term takaful ini, maka sumbangan atau bayaran yang kita lakukan adalah ‘hangus’, tidak seperti produk perlindungan lain yang menggabungkan elemen simpanan atau pelaburan.
Anda boleh lihat dari segi perbandingan harga nanti, hanya lebih kurang 20% - 30% daripada harga produk takaful berbentuk investment linked.
Kesesuaian Produk
Produk seperti ini sesuai untuk mereka yang melakukan simpanan atau pelaburan menggunakan instrumen pelaburan yang lain dan ingin melindungi pendapatan (dengan melanggan income protection) tanpa perlu berbelanja besar.
Disebabkan produk ini ditawar secara terus, ianya sesuai untuk mereka yang gemarkan konsep DIY atau melanggan secara terus tanpa perlu bersemuka dengan ejen ataupun konsultan.
Urusan pendaftaran dilakukan secara online di laman web penyedia, soalan berkaitan juga diajukan secara terus kepada pasukan pengurusan pelanggan penyedia tersebut.
Senarai Harga Hibah Takaful Online
Pasukan kami telah melakukan carian dan berikut adalah beberapa pilihan produk yang ada di pasaran untuk anda pertimbangkan.
Untuk memberikan contoh yang setara, berikut adalah profil peserta yang kami gunakan untuk mendapatkan perbandingan harga.
Jantina: Lelaki
Umur: 30 Tahun
Pekerjaan: Admin
Status Merokok: Tidak Merokok
Jumlah Pampasan/Perlindungan: RM200,000
Harga sebenar untuk anda semestinya berbeza dengan contoh yang kami gunakan di sini. Harga yang tertera di sini adalah berdasarkan quotation yang dipaparkan pada 26 Jun 2023. Harga untuk tahun kedua polisi dan seterusnya juga kebiasaannya berbeza daripada tahun pertama.
Kami yakin ada beberapa penyedia Takaful lagi yang mempunyai produk online sebegini tetapi kami tidak berjaya mendapatkan maklumat produk tersebut di laman web penyedia masing-masing.
Seandainya anda mengetahui produk seumpama ini yang disediakan oleh penyedia Takaful di bawah, boleh hubungi kami supaya kami boleh tambahkan ke dalam senarai sedia ada.
AmMetLife Takaful Berhad
Hong Leong MSIG Takaful Berhad
Prudential BSN Takaful Berhad
Takaful Ikhlas Family Berhad
Kesimpulan
Pastikan anda membaca dan memahami product disclosure, FAQ dan kesemua maklumat berkaitan produk yang disediakan oleh penyedia Takaful tersebut.
Sekiranya ada mencari produk Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan Online serendah RM10 sebulan dan perkongsian sama-rata tidak melebihi RM50 sebulan, boleh layari https://lyndung.my/programme/individual