2023-07-05

Program Perkongsian Komuniti Lyndung Mendapat Perhatian di Brunei Islamic Finance Summit 2023


Bandar Seri Begawan, Brunei: Pada 12 hingga 14 Jun 2023, Brunei Islamic Finance (B.I.F) Summit 2023 anjuran Brunei Institute of Leadership and Islamic Finance (BILIF) dengan kerjasama Islamic Development Bank (IsDB) dan World Bank Group telah berlangsung dengan tema Securing a Resilient & Sustainable Future Through Innovative Islamic Finance.

Encik Shamsuddin Salleh (tiga dari kiri) sebagai panel di Brunei Islamic Finance Summit 2023. Kredit Foto: Brunei Institute of Leadership & Islamic Finance (BILIF)

Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung Sdn. Bhd., Encik Shamsuddin Salleh telah dijemput sebagai salah seorang ahli panel untuk membincangkan topik Opportunities in the Digital Finance Space. Turut bersama sebagai ahli panel untuk membincangkan topik ini adalah Zuhursho Rahmatulloev, pengasas Alif Bank dari Tajikistan dan Denny Muslim, pengasas Beep Digital Solutions dari Brunei.

Apabila diajukan soalan mengenai peluang dalam bidang Kewangan Sosial Islam (Islamic Social Finance), Encik Shamsuddin berkongsi bagaimana Lyndung mengaplikasikan konsep khairat sebagai penyelesaian digital bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan perubatan di hospital. “Saya lebih gemar sekiranya kita tidak hanya fokus kepada instrumen seperti zakat dan wakaf semata-mata, kerana ada banyak inovasi dalam bidang muamalat yang boleh diketengahkan untuk memberi manfaat kepada ummah”, tambah beliau lagi.

Ucapan perasmian oleh Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina Binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal) Brunei. Kredit Foto: Brunei Institute of Leadership & Islamic Finance (BILIF)

BIF Summit 2023 yang berlangsung selama tiga hari ini telah dirasmikan oleh Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina Binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani, Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal) Brunei.

BIF Summit 2023 telah berjaya mengumpulkan pakar, pemimpin dan pengamal industri dari seluruh dunia untuk membincangkan pelbagai topik kewangan Islam seperti keterjaminan makanan, kelestarian, Islamic fintech dan neo-banks

Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung (kiri) bersama Dr. Nana Riana , Timbalah Pengarah Kementerian Keuangan Republik Indonesia (dua dari kiri), Dr Sami Al-Suwailem, Pemangku Ketua Pengarah IsDB Institute and Ketua Ekonomi IsDB Group (tiga dari kiri) dan Zuhursho Rahmatulloev, Pengasas Alif Bank (dua dari kanan)

Selain daripada berpeluang memperkenalkan Lyndung ke peringkat antarabangsa, sesi perkongsian bersama barisan pakar kewangan Islam dari seluruh dunia dilihat dapat membuka ruang kolaborasi yang lebih luas untuk pasukan Lyndung.

 

Back to Dashboard