2023-12-21

Panduan untuk Mendapatkan Manfaat Optikal Komprehensif


Pada 28 Oktober yang lalu Lyndung telah menandatangani perjanjian persefahaman bersama sebuah kedai cermin mata yang menyediakan manfaat optikal yang komprehensif pada harga yang mampu milik.

Tujuan kerjasama ini adalah untuk membantu ahli Lyndung mendapatkan perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh tanpa membebankan poket ahli. Melalui kerjasama ini ahli Lyndung boleh mendapatkan pemeriksaan mata seperti pemeriksaan mata kering, Glaukoma, Katarak dan Retinopati Diabetes secara percuma.

Bukan itu sahaja, manfaat optikal ini juga tidak hanya tertakluk kepada ahli Lyndung sahaja, malah ahli keluarga seperti isteri dan anak juga boleh menikmati manfaat yang sama. 

Manfaat Optikal Komprehensif

Berikut adalah senarai penuh manfaat optikal komprehensif yang ditawarkan oleh AVO.

Tawaran Harga

 

Penetapan Temu Janji

Untuk melayakkan ahli Lyndung untuk mendapatkan manfaat optikal ini, anda hendaklah membuat penetapan temu janji terlebih dahulu sebelum menerima perkhidmatan daripada AVO. Ahli yang ingin mendapatkan perkhidmatan ini hendaklah membuat penetapan temu janji dibuat di sini terlebih dahulu. 

Pada laman penetapan temu janji ahli Lyndung perlu mengisi maklumat seperti nama penuh dan nombor kad pengenalan. Selain itu, anda juga perlu memilih tarikh, masa, optometris dan perkhidmatan yang anda inginkan. 

 

Back to Dashboard