2023-09-19

Panduan Penetapan Temu Janji Bersama SAPOT Warrior Pilihan Anda


SAPOT Tech PLT (SAPOT)

SAPOT merupakan sebuah perkhidmatan digital kesihatan mental untuk golongan dewasa muda yang mengumpulkan Pembimbing Rakan Sebaya yang terdiri daripada bekas pesakit mental yang telah pulih dan terlatih di bawah ImROC. ImROC adalah sebuah organisasi yang melatih penyokong rakan sebaya di United Kingdom yang bekerjasama dengan SAPOT untuk menyediakan Pembimbing Rakan Sebaya yang Terlatih di Malaysia.

Terdapat tiga jenis perkhidmatan yang disediakan oleh SAPOT dalam membantu orang ramai untuk menjaga kesihatan mental seperti SAPOT Warriors, SAPOT Stories dan SAPOT Tools. Melalui kerjasama ini, Lyndung akan menyediakan satu Special Benefit di mana ahli  Lyndung yang memerlukan sokongan mental akan diberi satu kali akses percuma kepada perkhidmatan SAPOT Warriors. Lyndung Special Benefits ini hanya terbuka kepada ahli Lyndung yang telah selasai melalui Waiting Period selepas 180 hari.

Penetapan Temu Janji

Bagi ahli Lyndung yang ingin berbual dengan SAPOT Warriors anda hanya perlu ikuti langkah di bawah. 

Bahagian Pertama: Penetapan temu janji

Untuk menetapkan temu janji anda bersama Pembimbing Rakan Terlatih daripada ImROC, anda hanya perlu layari laman web sapot.app dan klik Book Now atau terus sahaja ke pautan ini.

Di laman Book A Session, boleh menetapkan temu janji dengan memilih tarikh yang bersesuaian dengan anda. Untuk makluman, temu janji perlu dibuat satu hari sebelum.

Semasa menetapkan temu janji, anda juga boleh memilih SAPOT Warrior mengikut masalah yang dihadapi. Di sini anda boleh menapis SAPOT Warrior mengikut topik yang ingin anda bualkan bersama.

Setelah selesai memilih SAPOT Warrior dan tarikh pilihan anda, klik pada butang ‘Book’ untuk memilih masa temu janji.

Seterusnya, isikan maklumat anda seperti nama, e-mel dan nombor telefon dan klik butang ‘Confirm’ setelah semua maklumat diisi. 

Bahagian Kedua: Pembayaran

Untuk makluman anda, Lyndung menggunakan sistem ‘pay and claim’ bagi perkhidmatan ini. Oleh itu, ahli perlu membuat pembayaran terlebih dahulu untuk menetapkan temu janji. Temu janji yang ditanggung Lyndung adalah untuk temu janji yang pertama sahaja.

Selepas menekan butang ‘Confirm’ anda akan dibawa ke laman pembayaran. Pada laman ini, anda perlu menyemak maklumat peribadi seperti nama, nombor telefon dan e-mel yang digunakan untuk menetapkan temu janji.

Setelah semua maklumat diperiksa anda boleh meneruskan pembayaran dengan mengklik butang ‘Pay with Billplz’. Sebelum membuat pembayaran, anda perlu tandakan tik pada kotak yang di tanda merah sebagai tanda setuju dengan Terma dan Syarat yang ditetapkan.

Selesai sahaja pembayaran dan temu janji anda kini telah ditetapkan, semak e-mel anda untuk mendapatkan pautan Google Meet dan resit. 

Bahagian Ketiga: Tuntutan

Untuk memastikan temu janji anda layak untuk dituntut, anda perlulah menghantar resit pembayaran ke WhatsApp Lyndung Support beserta butiran di bawah:

  1. Nama penuh
  2. E-mel
  3. Nombor telefon

Berikut adalah contoh resit yang diterima oleh Lyndung.

Sekiranya anda menghadapi sebarang isu semasa penetapan temu janji, anda boleh hubungi SAPOT  di sini atau hubungi mereka di talian +60 13 224 8162.

Bagi persoalan mengenai Lyndung atau proses tuntutan SAPOT, sila hubungi Lyndung Support melalui Telegram ataupun Whatsapp.

 

Back to Dashboard