2023-06-12

Panduan Pendaftaran Lyndung


Proses pendaftaran untuk menjadi sebahagian daripada ahli komuniti Lyndung adalah sangat mudah dan mengambil masa kurang daripada 10 minit. Pendaftaran adalah secara atas talian, pastikan MyKad anda ada bersama anda untuk tujuan pendaftaran ini.

image content

Secara ringkas, proses pendaftaran Lyndung telah dibahagikan kepada empat bahagian iaitu;

  1. Maklumat peribadi,
  2. Maklumat kesihatan,
  3. Pengesahan identiti (eKYC)
  4. Pembayaran

Bahagian Pertama: Maklumat Peribadi

Di bahagian ini anda akan diminta untuk mengisi maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, status perkahwinan dan maklumat waris untuk dihubungi.

image content

Sekiranya anda mendaftar menggunakan pautan yang mengandungi Referral Code, ruangan ini akan diisi secara automatik. Anda juga boleh mengisi referral code secara manual (jika ada).Sekiranya anda mendaftar tanpa menggunakan referral code, ruangan tersebut boleh dibiarkan kosong dan sila tekan butang ‘Next’

Anda akan menerima e-mel yang mengandungi Verification Code untuk mengesahkan e-mel anda. Copy dan paste kod pengesahan tersebut untuk meneruskan pendaftaran.

image content

Sebaik sahaja e-mel anda disahkan, anda akan dibawa ke laman seterusnya untuk mengisi maklumat peribadi. Isikan nama penuh seperti yang tertera di kad pengenalan anda.

Pada ruangan tarikh lahir pula, anda perlu mengisi mengikut format Hari-Bulan-Tahun. Sekiranya umur anda melebihi atau kurang daripada umur kelayakan penyertaan (18 - 40 tahun), permohonan anda tidak akan dapat diteruskan.

Masukkan alamat terkini anda diikuti dengan poskod, bandar dan negeri.

image content

Kemudian, masukkan nombor telefon anda. Sebagai contoh, jika nombor telefon anda adalah 012 345 6789, hanya masukkan nombor 123456789 di ruangan tersebut. Tekan butang ‘Send OTP’. Kod OTP akan dihantar melalui SMS. Masukkan kod OTP yang telah diterima untuk mengesahkan nombor telefon anda.

image content

Seterusnya, isi maklumat peribadi seperti jantina, status perkahwinan, bilangan anak dan maklumat waris untuk dihubungi. Pilih hubungan dengan waris tersebut sama ada pasangan, ibubapa, adik beradik atau lain-lain.

image content

Bahagian Kedua: Maklumat Kesihatan

Dalam bahagian maklumat kesihatan, anda perlu menjawab beberapa soalan berkaitan keadaan kesihatan anda. Sangat penting untuk berlaku jujur dalam permohonan ini supaya kita boleh berlaku adil kepada ahli komuniti Lyndung sedia ada.

Masukkan maklumat ketinggian (dalam cm) dan berat (dalam kg). Adakah anda minum minuman beralkohol? Jika ya, nyatakan jenis alkohol tersebut. Adakah anda mengambil dadah? Jawab ‘No’ sekiranya tidak.

image content

Selanjutnya, anda akan menjawab soalan berkaitan dengan sejarah kesihatan. Terdapat tiga laman berkaitan dengan sejarah kesihatan. Sekiranya anda tidak pernah mengidap penyakit yang disenaraikan (kanser, carcinoma-in-situ, buah pinggang, diabetes, HIV/AIDS, strok, jantung atau mental) anda hendaklah menanda tik kepada pilihan ‘None of the Above’ dan meneruskan pendaftaran dengan menekan butang ‘Next’.

image content

Walau bagaimanapun, sekiranya anda pernah atau sedang mengidap penyakit yang disenaraikan anda hendaklah menanda tik kepada yang berkenaan. Anda juga dikehandaki untuk menjawab soalan susulan iaitu Standard Questionnaire. Soalan ini adalah untuk membantu Lyndung melakukan pengauditan kesihatan.

image content

Anda mestilah menjawab soalan kesihatan dengan penuh ketulusan. Jika sebarang maklumat kesihatan anda didapati disembunyikan secara sengaja, anda akan disenarai hitamkan daripada Program Lyndung.

Selain itu, anda juga akan ditanya berkenaan sejarah pembelian insurans atau takaful. Jika permohonan insurans atau takaful anda pernah ditolak atau permohonan anda diluluskan tetapi dikenakan ‘exclusion’ atau ‘loading’ (pengecualian perlindungan terhadap sesetengah penyakit atau dikenakan bayaran tambahan), sila klik butang ‘Yes’. Sekiranya tidak, anda boleh menekan butang ‘No’.

image content

Laman seterusnya akan menunjukkan ringkasan maklumat-maklumat yang telah diisi. Boleh semak kesemua maklumat dan scroll ke bawah untuk paparkan kesemua maklumat yang telah anda isi. Tekan ‘Confirm’ untuk ke halaman seterusnya.

image content

Sebelum anda ke bahagian pendaftaran ketiga, anda hendaklah membaca dan bersetuju dengan kesemua terma dan syarat wajib yang telah digariskan oleh Lyndung. Scroll ke bawah untuk paparan penuh terma dan syarat.

image content

Bahagian Ketiga: eKYC

Proses eKYC bertujuan untuk mengesahkan identiti. Proses ini dilakukan oleh CTOS Data Systems Sdn. Bhd. Anda tidak perlu risau kerana hanya pengesahan MyKad yang perlu dilakukan. Proses ini tidak melibatkan semakan kredit atau status kewangan.

Buat pengetahuan anda, proses eKYC untuk pendaftaran menggunakan komputer dan telefon bimbit adalah berbeza. Di bawah adalah proses eKYC menggunakan telefon bimbit dan komputer.

eKYC menggunakan komputer

Bagi anda yang menggunakan komputer atau komputer riba, pilih jenis dokumen anda, iaitu Mykad. Kemudian, tekan butang ‘Next’ dan anda akan menerima e-mel berkenaan pengesahan identiti.

image content

Pengesahan identiti hanya boleh dilakukan menggunakan telefon bimbit. Oleh itu, buka e-mel anda melalui telefon bimbit dan klik butang ‘Identity Verification’. Anda kemudiannya akan dibawa ke laman eKYC. eKYC perlu diselesaikan sewaktu link tersebut dibuka buat kali pertama. Pastikan anda bersedia melakukan eKYC sebelum link ini dibuka.

eKYC menggunakan telefon bimbit

image content

Anda hanya perlu memilih jenis dokumen iaitu MyKad dan isi nombor MyKad anda. Kemudian tekan butang ‘Next’ untuk dibawa ke laman onboarding (eKYC) CTOS.

Langkah eKYC yang seterusnya adalah sama untuk pendaftaran menggunakan komputer dan telefon bimbit. Sila ikut arahan yang telah dinyatakan pada laman tersebut untuk memuat naik gambar MyKad anda.

Selesai sahaja proses pengesahan identiti, klik butang ‘Submit’ pada halaman Lyndung. Anda akan dibawa ke bahagian pemilihan mod keahlian dan pembayaran.

image content

Bahagian Keempat: Pembayaran

Klik butang ‘Choose’ di bawah harga keseluruhan pembayaran Annual sekiranya anda ingin memilih mod pembayaran secara tahunan. Sekiranya anda akan membayar menggunakan akaun sendiri, klik pada nama anda di bawah ruangan Source of Fund. Sekiranya pembayaran melalui akaun orang lain (pasangan atau keluarga), klik pada ruangan Others/3rd Party. Pilih Salary/Business income sekiranya dana yang digunakan untuk pembayaran datang daripada gaji atau perniagaan.

Klik ‘Proceed to Payment’ untuk membuat pembayaran mengikut kaedah pembayaran pilihan anda.

image content

Sekiranya anda ingin membuat pembayaran menggunakan e-Banking, pilih FPX dan pilih nama bank.

Ringkasan pembayaran akan dipaparkan untuk anda menyemak kesemua maklumat pembayaran. Jika semua maklumat yang dipapar adalah tepat, klik butang ‘Confirm’ dan buat pembayaran di laman web bank anda.

image content

Sewaktu pendaftaran ini, terdapat dua transaksi pembayaran yang akan berlaku iaitu:

1. Pembayaran untuk pendaftaran (fi keahlian dan Sumbangan Perkongsian Awal) dan
2. Pembayaran RM1 untuk mengaktifkan eMandate/Autodebit untuk pemotongan bayaran bulan/tahun seterusnya.

Ya, anda akan diminta untuk log masuk ke akaun bank anda sebanyak dua kali kerana proses ini memerlukan dua transaksi berbeza.

image content

Setelah kedua-dua pembayaran berjaya, paparan Congratulations dan butang untuk Log In akan kelihatan. Anda juga akan menerima e-mel Selamat Datang daripada Lyndung yang meraikan penyertaan anda sebagai sebahagian daripada keluarga besar Lyndung.

Sekiranya anda menghadapi sebarang isu semasa pendaftaran, anda boleh hubungi Lyndung Support melalui Telegram ataupun Whatsapp

Anda juga boleh menonton video ringkas pendaftaran di sini

Back to Dashboard