2023-07-03
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, sekiranya anda ada melanggan medical card atau kad perubatan Takaful ataupun Insurans, mungkin anda ada menerima surat memaklumkan tentang kenaikan harga medical card yang anda langgan.
Kenaikan harga ini bukan sahaja melibatkan medical card berbentuk stand alone, tetapi juga termasuk beberapa medical card dalam kategori investment linked yang mana suatu masa dahulu sangat jarang berlaku kenaikan harga.
Bagaimana Kenaikan Ini Boleh Terjadi?
1. Purata Tuntutan (Claim) Perubatan yang Meningkat Saban Tahun
Sebagai contoh pada tahun 2023, sebuah syarikat Takaful memaklumkan 13.5% daripada peserta medical card syarikat mereka melakukan tuntutan berbanding 9.4% pada dua tahun sebelumnya.
Purata untuk setiap tuntutan juga meningkat daripada RM7,207 kepada RM8,755.
2. Inflasi Perubatan di Malaysia Meningkat Lebih 10%
Berdasarkan laporan AON 2023 Global Medical Trend Rates Report, inflasi perubatan di Malaysia pada tahun 2023 adalah 15%, berkongsi di tempat ketiga tertinggi di Asia Pasifik bersama-sama dengan Kazakhstan.
Sebenarnya inflasi melebihi 10% ini bukan hanya pada tahun 2023, tetapi untuk beberapa tahun berturut-turut. Pada tahun 2022 misalnya, inflasi perubatan untuk Malaysia adalah 12%.
Apakah Punca yang Menyebabkan Kenaikan Luar Biasa Ini?
Ada syarikat Takaful menyatakan kemajuan dalam teknologi perubatan telah meningkatkan pengesanan awal dan menghasilkan rawatan dan ubat-ubatan baharu untuk melawan penyakit. Perkara ini dikaitkan dengan peningkatan inflasi kos perubatan di Malaysia.
Tetapi adakah kemajuan teknologi perubatan ini hanya berlaku di Malaysia? Atau adakah ada faktor lain yang lebih khusus yang menyebabkan kenaikan di Malaysia merupakan antara yang tertinggi di Asia Pasifik?
Jawapan yang sebenar agak sukar untuk dirungkaikan.
Langkah Mitigasi Syarikat Takaful
Selain daripada menaikkan harga medical card, terdapat juga langkah mitigasi lain yang dilakukan. Antaranya adalah dengan memperkenalkan medical card yang menggunakan konsep Deductible.
Dengan deductible RM500 misalnya, untuk sebarang rawatan pelanggan medical card tetap perlu sama-sama menampung bil rawatan di hospital walaupun sudah memiliki medical card. Sebagai contoh seandainya bil perubatan adalah RM10,000, individu tersebut tetap perlu membayar RM500, manakala baki RM9,500 ditanggung oleh syarikat Takaful. Dan bayaran RM500 ini adalah berbeza dengan deposit yang hospital minta.
Perkara ini sebagai langkah untuk menggalakkan pelanggan medical card supaya tidak sewenang-wenangnya mendapatkan rawatan di hospital swasta kerana mereka juga perlu membayar sebahagian daripada bil rawatan tersebut.
Langkah Mitigasi Program Perkongsian Komuniti Untuk Bil Perubatan Lyndung
Perkongsian komuniti Lyndung menggunakan konsep pembahagian secara sama-rata dengan semua ahli, jadi tiada repricing untuk yuran keahlian. Yuran keahlian adalah tetap pada RM10 sebulan untuk semua ahli.
Walaubagaimanapun, jika bil perubatan adalah tinggi, jumlah yang perlu dibahagi sama-rata nanti juga berkemungkinan akan menjadi lebih tinggi. Sebagai langkah mitigasi, syarikat e-MAS yang menguruskan urusan kemasukan ke hospital untuk ahli komuniti Lyndung dan meneliti permohonan rawatan perubatan yang dikemukakan oleh pihak hospital sebelum ahli menerima rawatan. Antara perkara yang dipertimbangkan adalah adakah berlaku rawatan yang tidak perlu ataupun adakah ada alternatif yang lebih menjimatkan kos. Diterajui oleh pasukan medical yang pernah bertugas sebagai doktor, membolehkan e-MAS menilai laporan rawatan dengan baik.
Lyndung juga mengamalkan konsep bantu-membantu sesama ahli komuniti. Setiap ahli diterapkan dengan semangat kekitaan untuk membantu ahli lain. Bukan dengan niat masuk ke hospital untuk bermewah-mewahan, tetapi untuk mendapatkan rawatan yang benar-benar perlu supaya kembali pulih seperti sediakala.
Maklumat terperinci setiap rawatan yang berlaku juga akan dipaparkan di dashboard ahli komuniti supaya lebih telus dan supaya setiap ahli tahu untuk rawatan apakah setiap ringgit sumbangan perkongsian dibelanjakan.
Untuk rekod, sekiranya tiada ahli komuniti Lyndung yang sakit, maka tiada perkongsian sama-rata yang perlu dilakukan.
Dapatkan maklumat harga penyertaan Lyndung di sini https://lyndung.my/pricing