2023-06-08

Lyndung Terima Kunjungan Hormat Delegasi Insurans Islam TAIB Holdings Brunei


SELANGOR: Pada 6 Jun 2023 yang lalu, Lyndung Sdn. Bhd. telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Insurans Islam TAIB Holdings Brunei yang diketuai oleh Yang Mulia Awang Haji Mohd Yusreza bin Haji Mohd Yussin, Timbalan Pengarah Urusan Bahagian Strategi Perniagaan dan Operasi. Turut hadir melengkapkan kunjungan ini adalah Yang Mulia Awang Haji Zamrin bin Haji Abd Ghani, Pengurus Besar Takaful Am dan Yang Mulia Awang Haji Hussin bin Sulaiman, Penolong Pengurus Besar Tuntutan.

Delegasi ini telah disambut mesra oleh Encik Shamsuddin bin Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung Sdn. Bhd. dan Encik Anas bin Ahmad Faris, Pengasas iSaham Sdn. Bhd. di ibu pejabat Lyndung Sdn. Bhd.

Dalam pertemuan yang berlangsung selama dua jam, kunjungan hormat ini membuka ruang perbincangan secara langsung antara kedua belah pihak mengenai model perkongsian komuniti Lyndung, perkembangan terkini industri Takaful di Brunei serta perkhidmatan sokongan Teknologi Maklumat oleh Lyndung.

Encik Shamsuddin bin Salleh, (tiga dari kiri) menerangkan tentang Lyndung kepada delegasi Insurans Islam TAIB Brunei

“Insurans Islam TAIB Holdings merupakan syarikat Takaful yang pertama di Brunei. Lyndung sangat berbesar hati menerima kunjungan ini. Semoga pertemuan ini akan menjadi titik permulaan kepada kerjasama strategik yang dapat memberi manfaat lebih besar kepada kedua belah pihak” kata Encik Shamsuddin bin Salleh.

Dari kiri, Zamrin Hj Abd Ghani, Hussin Sulaiman, Yusreza Yussin, Shamsuddin Salleh dan Anas Ahmad Faris

 

Back to Dashboard