2023-09-11
Anda pasti pernah terdengar mengenai program affiliate yang dapat membantu anda untuk menjana pendapatan sampingan. Di Lyndung, kami juga menawarkan program ini kepada ahli komunti Lyndung yang ingin membantu mempromosikan Lyndung.
Lyndung Referral hanya terbuka kepada ahli komuniti Lyndung sahaja. Jika anda tidak memenuhi syarat kelayakan Lyndung, anda masih boleh membantu mempromosikan Lyndung dengan menjadi Lyndung Affiliate. Klik pautan ini untuk panduan Lyndung Affiliate.
Program Lyndung Referral adalah sebuah program yang dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Sebagai ahli Lyndung anda akan dapat menjana komisen (Bonus) RM10 bagi setiap pendaftaran ahli baharu yang berjaya, menggunakan pautan Referral anda. Komisen akan diberikan untuk kedua-dua jenis keahlian, sama ada keahlian tahunan atau bulanan.
Program Lyndung Referral adalah sebuah program yang dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Sebagai ahli Lyndung anda akan dapat menjana komisen (Bonus) RM10 bagi setiap pendaftaran ahli baharu yang berjaya, menggunakan pautan Referral anda. Komisen akan diberikan untuk kedua-dua jenis keahlian, sama ada keahlian tahunan atau bulanan.
Bukan itu sahaja, ahli baharu juga akan menerima RM10 yang akan dimasukkan ke Initial Sharing Contribution mereka. Walau bagaimanapun, ahli baharu tersebut hanya akan menerima bonus ini jika mereka memilih mod keahlian tahunan ketika mendaftar.
Kelebihan bagi anda yang telah menyertai Lyndung sebagai ahli, anda tidak lagi perlu mendaftar sebagai Lyndung Affiliate untuk menjana pendapatan sampingan melalui program ini. Bagaimanakah caranya untuk anda dapatkan pautan Referral?
Untuk mendapatkan pautan Referral, anda hendaklah log masuk ke akaun Lyndung terlebih dahulu. Sebaik sahaja anda log masuk, klik ‘Member’ dan pilih ‘Refer’.
Anda kemudiannya akan dibawa ke laman Refer. Di laman ini anda bukan sahaja boleh mendapatkan pautan Referral, malah, anda juga boleh juga boleh menyemak jumlah pautan yang diklik, jumlah pendaftaran menggunakan pautan Referral anda dan jumlah bonus anda.
Sekiranya anda ingin mendapatkan pautan Referral, anda hanya perlu klik pada ‘Copy Link’. Apabila sebuah mesej pemberitahuan dipaparkan pada skrin anda, klik ‘Okay’ untuk menyalin pautan tersebut.
Bagi anda yang menggunakan telefon bimbit, bar navigasi anda akan berada di bahagian bawah skrin. Untuk mendapatkan pautan Referral, klik ‘Refer’ pada bar navigasi anda. Kemudian, klik ‘Copy Link’.
Selain itu, anda juga boleh kongsikan pautan Referral ke media sosial anda. Untuk berbuat demikian, scroll ke bawah sehingga paparan media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter kelihatan. Klik mana-mana media sosial yang ingin anda kongsikan. Sebelum berkongsikan pautan anda, pastikan akaun media sosial anda telah dilog masuk. Sertai Telegram Lyndung, jika anda ingin mendapatkan bahan untuk mempromosikan Lyndung.
Di laman Refer juga, anda boleh menguruskan bonus seperti pengeluaran ke akaun bank dan pemindahan ke Sharing Contribution.
Anda boleh memindahkan Referral Bonus ke Sharing Contribution (Pocket) anda. Pemindahan boleh dilakukan untuk apa-apa nilai, walaupun hanya RM10.
Jika anda ingin membuat pemindahan bonus ke Sharing Contribution (Pocket) anda hendaklah mengklik butang ‘Transfer balance to Sharing Contribution Pocket’
Setelah itu, anda akan dipaparkan dengan paparan ‘Request to Transfer’. Pada paparan tersebut anda hendaklah mengisi jumlah yang anda ingin pindahkan ke Sharing Contribution dan klik ‘Proceed’. Baki Sharing Contribution anda akan dikemas kini serta merta setelah pemindahan dilakukan.
Proses pemindahan bonus ke Sharing Contribution adalah sama untuk telefon bimbit dan komputer.
Untuk makluman anda pemindahan bonus ke akaun bank hanya boleh dilakukan jika jumlah bonus anda mencapai sekurang-kurangnya RM100.
Bagi pengeluaran bonus ke akaun bank, proses ini akan dilakukan dalam tempoh masa 40 hari setelah permohonan dibuat. Jika ada sebarang isu, sila hubungi kami di Lyndung Support.
Untuk pengeluaran bonus anda perlu klik pada butang ‘Withdraw to Bank Account’.
Setelah itu, isikan jumlah yang ingin anda keluarkan beserta nama bank, nombor akaun dan nama pemegang akaun. Sila pastikan semua maklumat yang diisi adalah tepat sebelum menekan butang ‘Proceed’ untuk mengelakkan sebarang permasalahan ketika pemindahan dilakukan.
Untuk menyemak status pengeluaran bonus, anda boleh ke bahagian Withdrawal / Transfer History.
Dapatkan pautan Referral anda sekarang dan jana pendapatan sampingan bersama kami!