2023-11-17

Lyndung Menjalinkan Hubungan Kerjasama Bersama Art of Vision Optometry


Dari kiri Shamsuddin Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung bersama Zulhimie Azari, Pengasas Bersama Art of Vision Sdn. Bhd. semasa Majlis pertukaran Perjanjian Persefahaman (MoU).

Shah Alam - Pada 28 Oktober yang lalu, Lyndung telah memeterai sebuah perjanjian persefahaman (MoU) bersama dengan pusat penjagaan optometri yang dikenali sebagai Art of Vision (AVO).

Majlis menandatangani MoU yang diadakan di Kedai Cermin Mata Arts of Vision Optometry, Shah Alam ini telah disempurnakan oleh wakil daripada Lyndung dan AVO iaitu Shamsuddin Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung Sdn. Bhd. dan Zulhilmie Azari, Pengasas Bersama Art of Vision Sdn. Bhd.

Wakil Lyndung dan AVO semasa Majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU).

Perjanjian ini ditandatangani bagi memperkenalkan manfaat perkhidmatan optometri di dalam Program Perkongsian Komuniti Lyndung. Inisiatif Lyndung untuk menjalankan kerjasama bersama AVO ini terhasil selepas melihat kepada keperluan untuk meningkatkan kesedaran terhadap penjagaan mata.

Kajian yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan bahawa separuh daripada populasi dunia akan mendapat miopia (rabun jauh) menjelang 2050. Lyndung percaya bahawa permintaan terhadap perkhidmatan optometri juga akan meningkat.

Sebagai sebuah program yang mempunyai matlamat untuk mendemokrasikan industri penjagaan kesihatan di Malaysia, Lyndung berharap kerjasama ini dapat memperluaskan lagi akses ahli Lyndung kepada fasiliti penjagaan kesihatan serta membantu untuk mengurangkan beban kewangan ahli Lyndung.

Melalui kerjasama ini ahli Lyndung kini boleh mendapatkan perkhidmatan pemeriksaan mata komprehensif seperti pemeriksaan mata luaran, Glaukoma, Katarak, mata kering dan Retinopati Diabetik secara percuma di AVO. Menurut Shamsuddin Salleh, “Kami berharap kerjasama ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan ahli komuniti Lyndung untuk mendapatkan perkhidmatan optometri. Walaupun kerjasama ini tidak membolehkan ahli Lyndung untuk berkongsi kos kelengkapan optometri ahli, tetapi kerjasama ini masih dapat memberi nilai tambah terhadap manfaat sedia ada Lyndung.”

Pengasas Bersama AVO, Zulhimie Azari juga turut berkata, “Melihat kepada falsafah Lyndung yang seiring dengan matlamat AVO, saya percaya bahawa kerjasama strategik ini dapat membantu meningkatkan kualiti kehidupan ahli dan keluarga Lyndung dengan menyediakan perkhidmatan yang mampu milik.”

Majlis menandatangani MoU ini juga telah dimeriahkan oleh ahli-ahli Lyndung yang menghadiri Hari Terbuka Lyndung x AVO. Hari Lyndung x AVO ini telah diadakan pada hari yang sama. Pada hari tersebut, ahli-ahli Lyndung yang hadir telah berpeluang untuk membuat pemeriksaan mata secara percuma dan bagi mereka yang membeli atau membuat cermin mata diskaun sebanyak 50%.

              Ahli-ahli Lyndung sedang mendapatkan pemeriksaan mata secara percuma.

Bagi yang terlepas peluang untuk menikmati tawaran manfaat optikal pada majlis tersebut. Jangan bersedih, anda masih lagi boleh menikmatinya manfaat tersebut pada bila-bila masa sebagai ahli Lyndung. Untuk mendapatkan manfaat tersebut, klik di sini untuk menetapkan temu janji anda bersama AVO. Senarai penuh manfaat AVO untuk ahli Lyndung pula boleh dapatkan di sini.

 

Back to Dashboard