2023-08-07

Lyndung Mendapat Perhatian di Bursa Marketplace Fair Johor Bahru


Johor Bahru: Pada 5 Ogos 2023 Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan Lyndung telah membuat penampilan di Bursa Marketplace Fair & Exhibition yang telah berlangsung di Persada Johor International Convention Centre, Johor Bahru.

Konvensyen yang telah dianjurkan oleh Bursa Malaysia ini telah menerima kunjungan ribuan pengunjung yang turut membanjiri reruai Lyndung.

En Shamsuddin Salleh menerangkan tentang Lyndung kepada YB Datuk Seri Haji Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan

En. Shamsuddin Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung Sdn. Bhd. turut berkesempatan menerangkan tentang Lyndung kepada YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan, Timbalan Menteri Kewangan Malaysia dan Datuk Muhamad Umar Swift, CEO Bursa Malaysia. Turut hadir bersama-sama kunjungan ini adalah Tan Sri Dato’ Seri Abdul Wahid Omar, Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia. 

Antara pengunjung awal yang singgah di reruai Lyndung

Kehadiran Lyndung di majlis ini memberi peluang kepada warga Johor untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Lyndung. Peluang untuk bertanya pelbagai soalan kepada pasukan Lyndung telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh pengunjung yang hadir.

Penyanyi popular tanah air, Hael Hussaini turut singgah di reruai Lyndung dan iSaham 

 

Back to Dashboard