2023-09-11

Lyndung Affiliate


image content

Anda pasti pernah terdengar mengenai program affiliate yang dapat membantu anda untuk menjana pendapatan sampingan. Di Lyndung, kami juga menawarkan program ini untuk anda yang ingin membantu mempromosikan Lyndung, tetapi tidak memenuhi syarat kelayakan (seperti umur, atau telah ada penyakit sedia ada) untuk menyertai program perkongsian komuniti ini.

Sekiranya anda telah pun menjadi Ahli Komuniti Lyndung, anda tidak perlu lagi mendaftar sebagai Affiliate, ini kerana setiap Ahli Komuniti Lyndung secara automatik telah menyertai program Lyndung Referral. Sila ikuti panduan berkenaan Lyndung Referral di pautan ini.

Kelebihan Lyndung Affiliate

Untuk setiap pendaftaran ahli baharu yang menggunakan pautan Affiliate anda, anda akan menerima komisen sebanyak RM10. Komisen akan diberikan untuk setiap pendaftaran yang berjaya sahaja. Komisen akan diberikan untuk kedua-dua jenis keahlian, sama ada keahlian tahunan atau bulanan.

Untuk menggalakkan ahli baharu mendaftar menggunakan Affiliate link anda, ahli baharu tersebut juga akan menerima RM10 dalam bentuk penambahan kepada Initial Sharing Contribution mereka (bonus RM10 ini hanya akan diberikan kepada ahli baharu yang mendaftar menggunakan mod keahlian tahunan sahaja).

Ini akan menggalakkan ahli baharu tersebut mendaftar mod keahlian tahunan dengan menggunakan Affiliate link. Kedua-dua pihak sama-sama mendapat keuntungan. Win win situation.

Panduan pendaftaran Lyndung Affiliate

Sebelum mendapatkan Affiliate link, anda hendaklah mendaftar sebagai sebahagian daripada Lyndung Affiliate. Berikut adalah panduan pendaftaran Lyndung Affiliate menggunakan komputer dan telefon bimbit.

Panduan pendaftaran menggunakan komputer

Pertama sekali, anda hendaklah melayari laman web Lyndung. Untuk mendaftar, anda perlu mengklik butang ‘Log In’ dan memilih Affiliate.

image content

Setelah itu, anda perlu klik pada ‘Register here’ dan anda akan dibawa ke laman pendaftaran Lyndung.

image content

Di laman ini, anda perlu mengisi maklumat peribadi anda seperti nama penuh, alamat e-mel dan nombor telefon. Selain itu, anda juga perlu menetapkan kata laluan bagi akaun Lyndung Affiliate.

image content

Sebelum menghantar borang pendaftaran anda, pastikan anda telah membaca Terma dan Syarat Lyndung Affiliate terlebih dahulu. Jika anda telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat Lyndung Affiliate anda boleh tanda tik pada kotak yang disediakan.

image content

Untuk melengkapkan pendaftaran, anda perlu membuat pengesahan e-mel. Sila semak e-mel anda untuk mendapatkan kod pengesahan. Kod boleh diisi di ruangan yang disediakan.

image content

Jika e-mel anda telah disahkan dan pendaftaran anda sebagai Lyndung Affiliate telah berjaya, anda akan dipaparkan dengan paparan Congratulations. Klik butang ‘Confirm’ untuk log masuk ke akaun Lyndung Affiliate.

image content

Seterusnya, anda perlu mengemas kini maklumat bank anda di laman web Lyndung. Ini bertujuan untuk memudahkan proses pengeluaran komisen ke akaun bank anda. Untuk mengemas kini maklumat bank anda, klik bar navigasi anda dan pilih ‘Profile’.

image content

Setelah Profile anda dipaparkan, scroll sehingga bahagian Bank Account Details dan tekan pada butang ‘Change Bank’.

image content

Pada laman Change Bank Details anda boleh mengemaskini maklumat bank anda mengikut bank pilihan anda. Kemudian tekan butang ‘Save’ untuk menyimpan maklumat yang telah dikemas kini.

image content

Maklumat bank yang berjaya disimpan akan memaparkan mesej pemberitahuan berikut:

image content

Untuk menukar maklumat bank anda sila ulang semula langkah di atas.

Panduan Pendaftaran Menggunakan Telefon Bimbit

Untuk mendaftar menggunakan telefon bimbit, anda hendaklah melayari laman web Lyndung terlebih dahulu. Kemudian tekan bar navigasi anda di sebelah kanan. Klik ‘Login’ dan pilih ‘Affiliate’.

image content

Pada laman Login, di bahagian bawah butang Login klik ‘Register Here’ untuk mendaftar.

image content

Seterusnya, anda akan dibawa ke laman Sign Up. Isi maklumat anda seperti nama penuh, nombor telefon dan alamat e-mel anda. Anda juga perlu kata laluan untuk akaun Lyndung Affiliate anda.

Sebelum menekan butang ‘Register’, baca Terma dan Syarat Lyndung Affiliate terlebih dahulu dan tik pada kotak yang disediakan jika anda bersetuju dengan kesemua syarat yang telah digariskan.

image content

Setelah itu, klik pada butang ‘Register’ dan sahkan e-mel anda. Untuk mendapatkan kod pengesahan, semak e-mel yang digunakan untuk mendaftar sebagai Lyndung Affiliate. Kemudian isikan kod pengesahan anda pada ruangan yang disediakan.

Jika anda telah berjaya mengesahkan e-mel anda dan akaun anda berjaya didaftarkan, skrin anda akan memaparkan paparan Congratulations. Pada paparan tersebut klik ‘Confirm’. Kemudian anda akan diminta untuk log masuk ke akaun anda.

image content

Apabila anda telah log masuk ke akaun Affiliate anda, tekan ‘Profile’ dia bahagian bawah skrin untuk mengemas kini maklumat bank anda.

Scroll ke bawah sehingga bahagian Change Bank Details kelihatan. Klik butang ‘Change Bank’ untuk mengemas kini maklumat bank anda.

image content

Isikan maklumat bank pilihan anda pada laman ini. Pastikan maklumat bank anda adalah tepat untuk mengelakkan sebarang permasalahan semasa pemindahan komisen ke akaun bank anda pada masa hadapan.

Setelah selesai mengisi maklumat bank, klik ‘Save’. Jika maklumat bank anda berjaya disimpan sebuah mesej akan dipaparkan sebagai pemberitahuan maklumat anda berjaya disimpan. Selain itu, di bahagian Profile juga akan memaparkan maklumat bank anda.

image content

Pautan Affiliate

Tahniah bagi anda yang telah berjaya mendaftar sebagai Lyndung Affiliate. Kini anda boleh kongsikan pautan Affiliate anda kepada keluarga dan rakan anda!

Untuk mendapatkan pautan Affiliate, klik Affiliate pada bar navigasi dan pilih Affiliate.

image content

Manakala anda yang menggunakan telefon bimbit, klik Affiliate pada bar navigasi bar anda di bahagian bawah skrin anda.

image content

Anda kemudian akan dibawa ke laman Affiliate. Pautan Affiliate boleh didapatkan dengan mengklik butang ‘Copy Link’. Apabila dialog box dipaparkan klik ‘Okay’ untuk menyalin pautan Affiliate anda.

image content

Sekiranya anda menggunakan telefon bimbit, setelah mengklik butang ‘Copy Link’, telefon anda akan terus menyalin pautan tersebut.

Selain daripada pautan Affiliate, anda juga boleh kongsikan kod QR anda. Anda juga mengklik mana-mana aplikasi sosial media untuk mempromosikan Lyndung. Bahan-bahan untuk mempromosi Lyndung boleh didapati di Telegram Lyndung.

Pengeluaran Komisen ke Akaun Bank

Jika anda telah berjaya mengumpul komisen sebanyak sekurang-kurangnya RM100, anda boleh keluarkan komisen ke akaun bank anda. Untuk membuat pengeluaran komisen, anda perlu ke laman Affiliate dan scroll ke bahagian Affiliate Bonus Balance. Klik ‘Withdraw to Bank’ untuk membuat pengeluaran.

image content

Kemudian paparan Request to Withdraw akan dipaparkan. Di paparan ini, anda perlu mengisi jumlah yang ingin anda pindahkan, nama bank, nombor akaun bank dan nama pemegang akaun. Sila semak semula maklumat yang telah diisi bagi mengelakkan permasalahan ketika proses pemindahan komisen.

image content

Kemudian paparan Request to Withdraw akan dipaparkan. Di paparan ini, anda perlu mengisi jumlah yang ingin anda pindahkan, nama bank, nombor akaun bank dan nama pemegang akaun. Sila semak semula maklumat yang telah diisi bagi mengelakkan permasalahan ketika proses pemindahan komisen.

image content

Klik ‘Proceed’ untuk meneruskan proses pemindahan komisen. Untuk makluman anda, pemindahan komisen akan dilakukan dalam tempoh masa 40 hari selepas permintaan pemindahan dilakukan.

Dapatkan pautan Affiliate anda sekarang dan jana pendapatan sampingan bersama kami!

Jika anda mengalami sebarang permasalahan semasa mendaftar atau masih belum menerima komisen anda selepas 40 hari, hubungi Lyndung Support di WhatsApp atau Telegram.

Back to Dashboard