2023-08-30

Buka Peluang Baharu: Lyndung di Selangor Accelerator Programme 2023


Ketua Pegawai Eksekutif Lyndung, Shamsuddin Salleh di SAP 2023. Kredit foto: SAP 2023

Shah Alam: Pada 23 Ogos yang lalu, Selangor Accelerator Programme 2023 (SAP 2023) anjuran  Perbadanan Teknologi Maklumat & Ekonomi Digital Selangor (SIDEC) telah bermula. Program yang berlangsung di Selangor Sandbox ini menghimpunkan 40 buah startups terpilih. 

SAP 2023 dianjurkan untuk membantu para usahawan pemula Malaysia mengembangkan syarikat mereka serta membuka peluang untuk memperluaskan jaringan syarikat ke peringkat yang lebih tinggi. 

Prestasi SAP dalam membantu syarikat-syarikat pemula seperti eMLab, NexMindAI, dan SecurePay telah menjadikannya sebagai salah satu program accelerator yang bereputasi tinggi. Tahun ini sahaja, SAP 2023 telah menerima lebih daripada 230 permohonan dari pelbagai industri yang berbeza. Lyndung Sdn. Bhd. (Lyndung) yang membawakan Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan turut terpilih untuk menyertai SAP 2023.

Program yang berlangsung sekitar dua bulan ini dijangka dapat dapat memberi nilai tambah kepada syarikat-syarikat yang terlibat dalam usaha memperkukuh dan menyebarluas idea baharu yang dibawa untuk memberi manfaat secara langsung dan tidak langsung kepada rakyat dan ekonomi Malaysia dan seterusnya menembusi pasaran global.

Ikuti Lyndung di media sosial untuk mengetahui perkembangan Lyndung di Selangor Accelerator Programme 2023.



Back to Dashboard