2023-06-08

Apa itu Lyndung?


image content

Sejak akhir-akhir ini banyak terdengar ura-ura mengenai kos sara hidup yang semakin meningkat akibat kadar inflasi yang tinggi. Perbincangan ini telah menyebabkan kerisauan di kalangan rakyat Malaysia, terutama sekali hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan peribadi dan keluarga. Ini kerana, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang tidak mampu untuk mendapatkan sebarang jenis perlindungan perubatan.

Akibat daripada kerisauan berpanjangan ini, satu penyelesaian baharu iaitu program perkongsian komuniti untuk bil perubatan telah diperkenalkan untuk menangani isu ini. Program Perkongsian Komuniti Lyndung ini menyediakan platform untuk ahli komuniti sama-sama berkongsi bebanan perubatan yang ditanggung secara sama-rata.

Adakah Lyndung untuk saya?

image content

Lyndung ditubuhkan dengan harapan untuk membantu rakyat Malaysia terutamanya yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan akses kepada fasiliti perubatan. Melalui Program Perkongsian Komuniti Lyndung, ahli komuniti kini dapat menikmati fasiliti perubatan pada harga yang mampu milik.

Walau bagaimanapun, penyertaan Lyndung pada masa ini, hanya dibuka kepada rakyat Malaysia yang berumur 18 sehingga 40 tahun, tanpa sebarang penyakit sedia ada.

Bagaimana Lyndung dapat membantu saya?

Lyndung adalah penyelesaian yang terbaik untuk semua kerana program ini menawarkan fi keahlian yang rendah iaitu hanya RM10 sebulan atau RM120 setahun. Disamping fi keahlian, ahli juga perlu memberikan Sumbangan Perkongsian Awal sebanyak RM100 yang akan digunakan untuk perkongsian bil perubatan ahli pada masa hadapan.

Sebagai contoh, jika pada bulan Mac terdapat seorang ahli komuniti dimasukkan ke hospital dengan bil perubatan sebanyak RM10,000, dan jumlah ahli komuniti aktif pada bulan tersebut adalah sebanyak 200 orang, bil perubatan tersebut akan dibahagikan secara sama-rata kepada 200 ahli komuniti. Ini menjadikan perkongsian pada bulan tersebut adalah RM50 seorang. Sumbangan perkongsian ini akan ditolak daripada Sumbangan Perkongsian Awal tadi.

Seandainya tiada ahli komuniti yang memerlukan rawatan perubatan dan dimasukkan ke hospital, perkongsian pada bulan tersebut adalah sifar. Ini bermakna tiada penolakan Sumbangan Perkongsian akan dilakukan. Ahli juga perlu cakna dengan baki Sumbangan Perkongsian (Poket) mereka. Ini kerana jika baki Sumbangan Perkongsian ahli mencecah RM50 atau kurang, ahli hendaklah menambah nilai baki Sumbangan Perkongsian kembali ke RM100.

Program ini juga mengaplikasikan sebuah konsep yang dikenali sebagai Tabarru’. Dengan menggunakan konsep ini ahli bukan sahaja dapat mengurangkan beban kewangan mereka. Malah ahli juga dapat beramal dengan bersedekah, sama-sama membantu ahli komuniti lain yang sedang ditimpa musibah kesihatan.

Apakah manfaat Program Lyndung?

image content

Setelah menyertai Lyndung, ahli komuniti layak untuk menikmati manfaat program Lyndung yang diselaraskan mengikut peringkat tempoh menunggu. Tempoh menunggu pertama ialah selama 60 hari. Tempoh Menunggu 60 Hari akan bermula sebaik sahaja status keahlian Lyndung menjadi aktif. Semasa tempoh menunggu ini, ahli layak untuk berkongsi bil perubatan akibat kemalangan sehingga RM20,000 dan khairat kematian berjumlah RM5,000 .

Tempoh menunggu di peringkat seterusnya adalah pada hari ke-61 hingga 180 yang dikenali sebagai Tempoh Menunggu 180 hari. Semasa berada di dalam Tempoh Menunggu 180 hari ini, ahli layak untuk berkongsi bil perubatan (kecuali Penyakit Khusus) sehingga RM1 juta.

Setelah Tempoh Menunggu 180 hari selesai, ahli komuniti layak untuk berkongsi kesemua manfaat yang tersenarai di dalam program perkongsian komuniti Lyndung. Rumusan manfaat perkongsian boleh didapati di laman Tentang Program dan penjelasan lebih terperinci boleh didapati di dalam Members Manual.

Lyndung untuk KITA Semua

image content

Lyndung ialah sebuah penyelesaian inovatif yang mampu memberikan ketenangan fikiran bagi mereka yang sedang bergelut dengan perbelanjaan perubatan. Dengan menggalakkan sifat-sifat berasaskan KEBAIKAN, Lyndung sangat menganjurkan ahli komuniti untuk sentiasa saling bantu-membantu semasa ahli.

INTEGRITI di kalangan semua ahli adalah penting dalam menjamin kesejahteraan program. Jujur sewaktu pendaftaran dan menjauhi sikap bermewah-mewahan ketika mendapatkan rawatan adalah antara perkara yang perlu diberi perhatian dalam memastikan program berjalan dengan lancar.

TEKNOLOGI merupakan kekuatan utama Lyndung. Aplikasi web secara digital sepenuhnya, pendaftaran mudah menggunakan eKYC, dan paparan dashboard yang dikemaskini secara real-time antara fungsi awal yang tersedia untuk semua ahli.

Sebagai program yang menggunakan konsep perkongsian komuniti, sifat AMANAH di kalangan semua yang terlibat juga sangat digalakkan. Program ini adalah milik KITA semua dan mari bersama-sama kita jalankan tanggungjawab masing-masing untuk kesejahteraan bersama.

Sertai Keluarga Besar Lyndung

image content

Lyndung percaya bahawa penyelesaian ini merupakan sebuah alternatif baharu untuk mereka yang kurang berkemampuan. Oleh itu, jangan lepaskan peluang ini untuk menjadi sebahagian daripada komuniti Lyndung dan sertai kami dalam usaha untuk mendemokrasikan industri penjagaan kesihatan di Malaysia dengan Lyndung.

Tonton video penerangan Lyndung yang telah dirakamkan semasa sesi iSaham Updates 2023, untuk pemahaman yang lebih komprehensif.

Back to Dashboard