2023-07-11

Tips Memilih Medical Card Terbaik


Apabila anda ambil keputusan untuk membaca artikel ini, kami pasti anda telah tahu mengenai kepentingan medical card untuk mengawal risiko kewangan anda jika terjadi musibah kesihatan yang tidak kita jangka.

Mencari medical card atau kad perubatan terbaik di Malaysia sememangnya bukan satu perkara yang mudah. Jika kita kaji dan lakukan perbandingan antara 2 medical card daripada dua syarikat Takaful yang berlainan pun, sudah memeningkan kepala. Apatah lagi untuk membandingkan medical card daripada lebih 10 syarikat Takaful yang ada. Lebih rumit dan menambahkan kecelaruan. Setiap kali kita bertemu dengan ejen ataupun konsultan sesuatu syarikat, setiap kali itu jugalah kita merasakan itulah pilihan yang terbaik.

Mengapa perkara ini boleh terjadi? Ini kerana manfaat perlindungan, limit tahunan, limit sepanjang hayat, bayaran bulanan/tahunan yang disediakan oleh setiap syarikat adalah berbeza. 

Dalam perkongsian kali ini, kami akan berikan sedikit tips dan panduan mengenai beberapa perkara penting yang boleh dipertimbangkan dalam kita memilih medical card yang terbaik.

1.  Harga

Tidak dapat dinafikan, harga boleh dianggap sebagai perkara paling penting bagi majoriti rakyat Malaysia. Bukan apa, walaupun kita ingin mendapatkan manfaat yang terbaik, harga tetap menjadi pertimbangan yang utama. Andai kata kita mengambil medical card dengan manfaat dan limit yang paling tinggi tetapi harganya melebihi jumlah yang mampu untuk kita tanggung secara konsisten, ada risiko kita tidak dapat mencapai matlamat asal jika kita hanya mampu membuat bayaran untuk beberapa bulan sahaja.

Tetapkan berapakah jumlah yang kita mampu bayar setiap bulan/tahun untuk perlindungan seperti Takaful. Rata-rata ramai yang mengatakan jumlah yang sesuai adalah 10% daripada gaji/pendapatan bulanan. Jika gaji RM2,500 sebulan, bajet sekitar RM250 sebulan dianggap sebagai munasabah. Namun seperti yang kita semua ketahui, perlindungan ini bukan untuk medical card semata-mata. Selain daripada medical card, peruntukan untuk pampasan kematian (juga popular dengan nama hibah takaful) dan pampasan untuk penyakit kritikal juga boleh dikatakan sangat penting.

Namun ini hanyalah panduan umum sahaja. Ini kerana komitmen setiap individu terutama ketua keluarga adalah berbeza.

2.  Limit / Had Tahunan dan Limit / Had Sepanjang Tempoh Polisi

Pastikan kita tahu berapakah had tahunan dan had sepanjang tempoh polisi medical card yang kita langgan. Medical card yang berharga rendah kebiasaannya mempunyai had tahunan yang rendah seperti RM20,000 - RM50,000 setahun.

Medical card yang menyediakan had tahunan sehingga RM1,000,000 setahun biasanya lebih mahal.

Perhatikan juga had sepanjang tempoh polisi. Ada medical card yang meletakkan had keseluruhan sepanjang tempoh polisi seperti RM1,000,000 dan ada yang unlimited.

3.  Manfaat Perlindungan

Manfaat perlindungan ataupun jenis-jenis penyakit yang boleh ditanggung oleh medical card kebiasaannya lebih kurang sama. Namun akan ada beberapa perbezaan mengikut kreativiti penyedia medical card tersebut. Sebagai contoh ada yang memberi fokus dengan memberikan manfaat perlindungan yang tinggi kepada dialisis buah pinggang. Ada yang memberi perlindungan tinggi untuk kanser. Ada juga yang memberi jumlah hari yang tinggi untuk rawatan di bilik ICU. 

Untuk mempertimbangkan perkara ini sememangnya sangat mengelirukan. Ini kerana kita sendiri juga tidak pasti penyakit apakah yang paling berisiko untuk diri kita. Secara umumnya, fokus kepada manfaat perlindungan penyakit-penyakit yang utama. 

Berhati-hati jika harga terlalu murah, risau juga jika hanya rawatan berkaitan kemalangan yang akan ditanggung. 

4. Usia Matang Polisi

 


Usia matang polisi juga berbeza-beza. Ada yang sehingga usia kita 60 tahun, ada yang hingga 70 tahun.

Ada juga medical card yang memberikan tempoh khusus sebagai contoh 25 tahun daripada tarikh polisi di ambil.

Secara umumnya, yang lebih baik untuk kita adalah yang boleh memberikan perlindungan ke usia yang paling tinggi. Namun seperti manfaat dan had perlindungan tadi, lebih tinggi usia matang polisi, lebih mahal juga harganya.

5. Deductible / Ko-Takaful

Suatu masa dahulu ada medical card yang menawarkan perlindungan secara full coverage. Maknanya jika bil hospital berjumlah RM10,000, keseluruhan jumlah ini ditanggung oleh penyedia medical card tersebut.

Namun sekarang ini rata-rata medical card yang ada di pasaran menggunakan konsep deductible atau ada juga yang menggunakan konsep Ko-Takaful.

Deductible

Sebagai contoh. Jika medical card tersebut mempunyai deductible berjumlah RM500, ini bermaknanya jika rawatan berjumlah RM10,000, kita perlu menanggung RM500 daripada bil rawatan tersebut. Manakala syarikat Takaful akan menanggung RM9,500.

Jika deductible adalah RM300, untuk jumlah rawatan yang sama, kita perlu menanggung RM300 manakala syarikat Takaful menanggung RM9,700.

Ko-Takaful

Untuk ko-Takaful pula, pembahagian menggunakan peratus. Sebagai contoh jika ko-takaful 10%, ini bermakna untuk bil rawatan RM10,000 kita perlu menanggung 10% ataupun untuk contoh ini RM1,000 daripada bil tersebut. Manakala syarikat Takaful menanggung 90% ataupun RM9,000.

Jadi penting untuk kita pastikan adakah medical card yang kita pilih menggunakan konsep deductible ataupun ko-takaful. Ini untuk mengelakkan kita terkejut apabila tiba masa perlu mendapatkan rawatan nanti.

6. Room & Board (Harga Bilik Hospital)

Tawaran medical card juga berbeza untuk had harian harga bilik rawatan di hospital. Ada yang menawarkan bilik RM150 sehari, ada yang sehingga RM500 sehari. Ini kerana di hospital swasta, terdapat harga yang berbeza untuk jenis bilik yang berbeza seperti bilik 4 orang pesakit, bilik 2 orang pesakit dam bilik untuk seorang sahaja.

Jika had bilik medical card kita adalah RM150 dan kebetulan di hospital tersebut harga ini adalah untuk 4 orang pesakit dalam satu bilik, sekiranya kita ingin bertukar kepada bilik single yang sebagai contoh harganya RM400 sehari, kebiasaannya kita boleh berbuat demikian dengan membayar sendiri lebihan RM250 untuk sehari.

Kesimpulan

Dengan mengetahui perbezaan kategori tawaran yang telah dibincangkan di atas, kita boleh memilih medical card terbaik untuk diri kita sendiri setelah mempertimbangkan dan memutuskan kategori mana yang menjadi keutamaan untuk kita.

Sekiranya pilihan yang ada masih di luar kemampuan anda, boleh pertimbangkan Program Perkongsian Komuniti Patuh Syariah untuk Bil Perubatan Lyndung. Yuran keahlian serendah RM10 sebulan, dan bil hospital akan dibahagi secara sama-rata dengan kesemua ahli komuniti Lyndung. Jika tiada ahli yang sakit, maka tiada sumbangan perkongsian perlu dilakukan. Manfaat perkongsian sehingga RM1,000,000 setahun. Ketahui tentang Lyndung dengan lebih lanjut di https://lyndung.my/programme/individual.

Lyndung Sdn. Bhd. bukan merupakan syarikat insurans/takaful. Kami tidak menawarkan sebarang produk insurans/takaful. Sila baca Penafian sebelum anda mempertimbangkan untuk menyertai Program Perkongsian Komuniti Lyndung.

Back to Dashboard