2023-06-08

Panduan Kemasukan ke Hospital


Apakah yang perlu anda lakukan jika anda ingin menerima rawatan perubatan di hospital? Berikut adalah langkah kemasukan ke hospital untuk ahli komuniti Lyndung.

image content

Panduan Kemasukan ke Hospital

Bagi anda yang ingin mendapatkan sebarang rawatan di hospital, perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah anda perlu mendapatkan Referral Letter daripada klinik berdekatan.

Kemudian, anda hendaklah menyemak senarai hospital panel e-MAS. Senarai hospital boleh di dapati di sini. Ini kerana, jika anda pergi untuk mendapatkan rawatan di hospital selain daripada yang telah disenaraikan, bil perubatan anda tidak lagi layak untuk dikongsikan.

image content

Setibanya di hospital, maklumkan kepada hospital bahawa anda memiliki surat rujukan (referral letter) daripada klinik dan memiliki kad perubatan Lyndung yang dikelola oleh Eximius Medical Administration Solutions Sdn Bhd (e-MAS). Dapatkan pemeriksaan susulan daripada doktor di hospital tersebut untuk mengesahkan keperluan untuk anda mendapatkan rawatan di hospital.

Sedikit tips ketika bertemu dengan doktor

  1. Dapatkan nama doktor tersebut
  2. Sekiranya pembedahan diperlukan, tanya pandangan doktor seandainya pembedahan boleh dielakkan

Setelah anda mendapatkan pengesahan daripada doktor, anda perlu ke kaunter kemasukan hospital untuk pendaftaran.

image content

Di kaunter kemasukan ke hospital, anda perlu menunjukkan Lyndung eCard dan MyKad anda. Untuk mendapatkan Lyndung eCard, anda perlu log masuk ke akaun Lyndung dan klik eCard pada bar navigasi di bahagian kanan anda.

image content

Sekiranya anda atau pihak hospital memerlukan pengesahan lanjut atau berlaku kelewatan, boleh hubungi talian hotline 24 jam e-MAS yang khusus untuk Lyndung di 03-27790012 atau WhatsApp 018-7883627.

Tempoh pemprosesan bergantung kepada kelengkapan laporan yang disediakan oleh pihak hospital dan bilangan pesakit yang sedang menunggu untuk dimasukkan ke hospital.

Proses seterusnya adalah dikendalikan oleh pihak hospital. Pihak hospital akan menghubungi e-MAS untuk mengesahkan status keahlian anda dan kelayakan anda untuk menerima rawatan mengikut status keahlian. Anda boleh menyemak Eligible Benefits mengikut Waiting Period anda di laman eCard Lyndung.

image content

Surat jaminan awal (Initial Guarantee Letter) akan dikeluarkan oleh e-MAS setelah pengesahan dilakukan. Anda kemudiannya boleh mendapatkan rawatan perubatan yang diperlukan sebaik sahaja surat jaminan dikeluarkan.

Ada kemungkinan pihak hospital akan meminta anda menyediakan deposit walaupun anda akan menerima rawatan menggunakan surat jaminan. Jumlah deposit ini tidak tetap dan bergantung kepada hospital tersebut. Deposit ini akan dipulangkan semula kepada anda setelah rawatan anda selesai.

Hospital Kerajaan

Proses kemasukan ke hospital ini adalah sedikit berbeza jika anda ingin mendapatkan rawatan perubatan di hopsital kerajaan.

Bagi ahli Lyndung yang ingin mendapatkan rawatan di hospital kerajaan, anda hendaklah menghubungi eMAS melalui WhatsApp atau e-mel mereka terlebih dahulu. Berikut adalah butiran yang perlu dihantar kepada pihak eMAS.

  • Nama Penuh

  • MyKad

  • Nama Hospital

  • Tarikh Masuk ke Wad

  • Sebab masuk ke Wad (Jenis Diagnosis)

Jika rawatan anda melebihi RM30, pihak e-MAS akan mengeluarkan Guarantee Letter. Walau bagaimanapun, jika rawatan anda tidak melebihi RM30, hospital kerajaan tidak menerima Guarantee Letter. Pihak hospital akan meminta ahli membayar bil perubatan secara terus kepada hospital. 

Talian Hotline

Sebagai persediaan jika berlaku sebarang kecemasan, anda amat digalakkan untuk menyimpan nombor talian hotline e-MAS. Talian hotline ini bertujuan untuk membantu anda semasa kecemasan. Berikut adalah talian hotline untuk urusan berkaitan dengan Guarantee Letter.

Talian hotline e-MAS: 03-27790012

WhatsApp hotline e-MAS: 018-7883627.

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan manfaat yang layak untuk dikongsi oleh ahli komunti Lyndung boleh didapati di bahagian 7, Members Manual dan perkara yang tidak layak dikongsi di bahagian 8, Members Manual.

Back to Dashboard